Salam Alaykum..Pertama tamanya saya ingin mengucapkan salam buat semua. Blog ini merupakan salah satu wadah untuk saya berkongsi pendapat dengan semua tentang suatu perjalanan dalam kehidupan kita seharian. Sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh lari dari tuntutan yang memisahkan agama dengan aktiviti harian. Agama dan aktiviti harian adalah pelengkap dalam kita mengharungi perjalanan yang di namakan kehidupan. Islam mengajar kita berbuat baik sesama manusia di samping itu kita perlu menjaga alam ini dgn penuh amanah. Dalam kita berbuat baik sesama manusia, penekanan tentang tali persaudaraan ( ukhuwah) itu penting demi menjaga kehidupan yang harmoni dan agama itu sendiri. Terdapat banyak cara untuk kita berbuat baik sesama manusia dan salah satunya ialah dengan memberi SALAM.
Salam ialah mengucap السلام عليكم
Rasulullah pernah bersabda
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه لم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.
Salam Ukhuwah, salam Mahabbah dan salam perkenalan buat semua.. semoga coretan di blog ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita semua... Ameen ameen ya Rob
No comments:
Post a Comment