Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak
kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang
keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa
tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang
Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai
kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala
syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad
dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan
penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya
yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban
dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang
mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan
baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W
telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada
sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan
Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara
keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa
antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah,
meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu
Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:
Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka
apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda :
Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain
dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya
dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada
jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah
mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia
untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila
seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan
suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya
aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka
perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari
qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan
yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira
dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan
puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn
Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan
bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan
sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala
pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu
mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita
dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita
perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu
akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak
ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa
yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang
paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam
mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu
pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada
berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala
perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak
bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara
apabila bercakap.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan disusuli dengan puasa bulan Syawal, ganjarannya seolah-olah berpuasa setahun.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan disusuli dengan puasa bulan Syawal, ganjarannya seolah-olah berpuasa setahun.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bet365 Casino - MapyRO
ReplyDeleteFind 서귀포 출장안마 the best casino. Address, Phone 김제 출장샵 Number, Reviews, Competitors, Games, Deposit 밀양 출장마사지 Methods, Jackpot. Rating: 안산 출장샵 4.4 부산광역 출장마사지 · 28 votes